Manaseek Travel · Umrah 2026/2027

Pakej Umrah Train The Trainer

Kembara Penyucian Jiwa — 12 hari perjalanan penuh makna ke Tanah Suci, dengan penerbangan terus Malaysia Airlines dan penginapan berhampiran Masjidil Haram & Masjid Nabawi.

Poster Pakej Umrah Train The Trainer Poster Pakej Umrah Train The Trainer 2 Poster Pakej Umrah Train The Trainer 3 Poster Pakej Umrah Train The Trainer 4

Gambar Kenangan Umrah — 18–29 Februari 2024

Bersama Ustaz Abdul Somad

Kenangan bersama Ustaz Abdul Somad
Rakaman kenangan

Video Perjalanan Umrah “Train The Trainer”

Kembara Penyucian Jiwa — imbas kembali detik-detik perjalanan jemaah kami di Tanah Suci.

Galeri

Gambar Kenangan Umrah

Suara jemaah

Testimoni

Perjalanan

Penerbangan

Terbang selesa terus ke Tanah Suci tanpa transit.

✈️

Malaysia Airlines — Penerbangan Terus

KUL → JED  |  MED → KUL

Jadual penerbangan Malaysia Airlines Susun atur tempat duduk Malaysia Airlines
Penginapan

Hotel Sepanjang Perjalanan

Semua penginapan disediakan secara fullboard, berhampiran dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Ghasq Al Layl Hotel Taif 1 Ghasq Al Layl Hotel Taif 2
Taif · 1 malam

Ghasq Al Layl Hotel @ setaraf

Fullboard
Elaf Kinda Hotel Makkah 1 Elaf Kinda Hotel Makkah 2
Makkah · 5 malam

Elaf Kinda Hotel @ setaraf

Fullboard ± 100 meter dari Masjidil Haram
Rua International Hotel Madinah 1 Rua International Hotel Madinah 2
Madinah · 4 malam

Rua International Hotel @ setaraf

Fullboard ± 200–250 meter dari Masjid Nabawi
Deposit RM1,000 / pax Deposit tidak dikembalikan (non-refundable)

Harga pakej tidak termasuk diskaun baucar RM500 Alumni SPHU.

Nota Penting

Harga pakej dan tarikh penerbangan tertakluk kepada perubahan — harga semasa tiket penerbangan serta hotel di Makkah & Madinah adalah mengikut musim.

Jadual

Aturcara Perjalanan

Tentatif sahaja dan akan berubah mengikut keadaan semasa.

Hari Pertama & Kedua KLIA Terminal 1 → Jeddah Airport
  • Berkumpul di kaunter pelepasan Level 5 KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas.
  • Sesi taklimat perjalanan sebelum berlepas ke Jeddah.
  • Penerbangan bertolak dengan Malaysia Airlines terus ke Jeddah.
  • Dari lapangan terbang, jemaah dibawa terus ke Hotel Taif, ziarah Taif dan miqat di Qarnul Manazil.
  • Jemaah daftar masuk hotel di Makkah dan berehat.
Hari Ketiga Makkah
  • Jemaah berehat.
  • Aktiviti bermodul.
Hari Keempat – Keenam Makkah
  • Menziarahi sekitar Masjidil Haram: Pintu Al-Salam, tapak rumah Saidina Abbas, tapak rumah Abu Lahab, tapak rumah Abu Bakar R.A. dan tapak rumah kelahiran Rasulullah SAW.
  • Ziarah Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Masjid Namirah, Mina, Jabal Nur dan Gua Hira'.
  • Bermiqat di Ja'ranah untuk mengerjakan Umrah kedua.
  • Ziarah Masjid Hudaibiyah dan lawatan sekitar.
  • Bermiqat di Masjid Hudaibiyah untuk mengerjakan Umrah ketiga.
Hari Ketujuh Makkah / Madinah
  • Jemaah mengerjakan tawaf wada' sebelum bertolak ke Madinah.
  • Daftar masuk hotel di Madinah.
Hari Kelapan – Kesepuluh Madinah
  • Menziarahi dalaman sekitar Masjid Nabawi: Saqifah Bani Saidah, makam Rasulullah, Khalifah Abu Bakar, Sayyidina Umar, dan Perkuburan Baqi'.
  • Ziarah luar Madinah: Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Makam Syuhada, Masjid 7 (Perang Khandak) dan kebun kurma.
Hari Kesebelas Madinah → Lapangan Terbang
  • Ziarah wada' Rasulullah SAW.
  • Daftar keluar hotel di Madinah.
  • Perjalanan ke Terminal Airport Madinah.

Berangkat dari Madinah Airport terus pulang ke Kuala Lumpur.

Hari Keduabelas Ketibaan di Kuala Lumpur
  • Ketibaan di lapangan terbang KLIA Terminal 1.
Terperinci

Apa Yang Anda Dapat

Pakej termasuk

  • ✓ Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi & balik
  • ✓ Hotel di Taif (fullboard)
  • ✓ Hotel di Makkah (fullboard), ±100 meter dari Masjidil Haram
  • ✓ Hotel di Madinah (fullboard), ±200–250 meter dari Masjid Nabawi
  • ✓ Bas persiaran di Tanah Suci: 2 ziarah Makkah, 1 Madinah & Taif
  • ✓ Mutawwif / mutawwifah di Tanah Suci
  • ✓ Visa Tourist / Umrah termasuk insurans kelompok
  • ✓ Air Zamzam (dengan izin)
  • ✓ Set bagasi lengkap
  • ✓ Kursus Umrah kaedah SALAK

Harga tidak termasuk

  • × Lebihan bagasi
  • × Ziarah / aktiviti tambahan ke lain-lain tempat

Pakej Sudah Termasuk Ziarah Taif & 3x Umrah

Termasuk makan Nasi Mandy

Persediaan

Maklumat & Dokumen Penting

Dokumen permohonan visa — jemaah perlu sediakan perkara berikut:

  1. Pasport antarabangsa mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan pada tarikh berlepas serta sekurang-kurangnya 6 muka surat kosong.
    Contoh pasport antarabangsa
  2. Dua (2) keping gambar visa Umrah mengikut syarat-syarat berikut:
    • Berlatar belakang putih
    • Saiz berukuran 4cm x 6cm
    • Saiz wajah 70% – 80%
    • Tidak memakai songkok / kopiah / topi / cermin mata
    • Bertudung gelap / hitam bagi wanita
    Contoh gambar visa Umrah
  3. Scan atau snap salinan muka depan pasport dan gambar berukuran pasport untuk visa. Pastikan paparan gambar dan tulisan jelas, dan hantar melalui Google Form yang disediakan sebelum 60 hari dari tarikh penerbangan.
  4. Kursus Umrah akan diadakan selewat-lewatnya 2–3 minggu sebelum tarikh penerbangan di Pejabat MITC, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor.
  5. Suntikan Meningococcal (ACYW-135) digalakkan — tambahan vaksin ini mengurangkan risiko pendedahan jemaah kepada bakteria/virus berbahaya yang melindungi otak & saraf tunjang. Digalakkan diambil 3 minggu sebelum terbang di klinik swasta berdekatan. Dapatkan juga khidmat nasihat doktor untuk suntikan tambahan lain mengikut umur dan kesihatan jemaah. Sila simpan kad suntikan atau surat doktor dan bawa ke Makkah.

Terma & Syarat

  1. Perlindungan insurans tertakluk kepada visa yang dikeluarkan serta terma, had dan pengecualian dalam polisi/pelan berkenaan.
  2. Penyediaan dokumen perjalanan adalah tanggungjawab pemohon, seperti disyaratkan oleh pihak berkuasa bagi tujuan permohonan visa atau tujuan perjalanan lain.
  3. Sebarang liabiliti bagi perbelanjaan pemohon yang tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa imigresen.
  4. Pembatalan pakej adalah tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992 dan syarat mana-mana pengurusan atau agensi pelancongan yang dilantik oleh pihak MITC.
  5. Harga pakej dan sebarang perubahan harga tertakluk kepada pertukaran disebabkan kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya.
  6. Semua penyataan di dalam ini adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan visa Kedutaan Arab Saudi.
  7. Semak status untuk ke luar negara di sspi.imi.gov.my/sspi dengan memasukkan nombor kad pengenalan masing-masing. Jika ada halangan, sila maklumkan kepada pihak pengurusan.
  8. Tarikh akhir bayaran penuh: 60–45 hari sebelum tarikh penerbangan.
Pembayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan sekiranya terdapat hasrat penangguhan atau penarikan diri daripada pakej Umrah

Sebarang pertanyaan, hubungi kami terus

Whatsapp
Pakej seterusnya

Umrah KPJ – Train The Trainer

Belum sempat sertai slot ini? Jangan risau, tempahan untuk kumpulan seterusnya kini dibuka.

Poster Pakej Umrah KPJ Train The Trainer
Harga pakej

Harga & Jadual Pembayaran

Pilih jenis bilik yang sesuai. Bayaran boleh dibuat secara berperingkat mengikut jadual di bawah.

Bilik Ber-4
RM10,890 / pax
Deposit RM1,000
Bayaran keduaSebelum 31 Okt 2026 RM5,000
Bayaran akhirSebelum 30 Nov 2026 RM4,890
Bilik Ber-2
RM13,390 / pax
Deposit RM1,000
Bayaran keduaSebelum 31 Okt 2026 RM5,000
Bayaran akhirSebelum 30 Nov 2026 RM7,390

Harga tertakluk kepada perubahan mengikut musim, tambang penerbangan dan kadar hotel semasa.

Jom Daftar Segera

Tempat terhad — dibuka untuk 40 jemaah terawal sahaja. Jangan lepaskan peluang menyucikan jiwa di Tanah Suci bersama Manaseek Travel.

Isi Form di Bawah Sekarang

Manaseek Travel · Pakej Umrah Train The Trainer · Harga & jadual tertakluk kepada perubahan mengikut musim dan kelulusan visa.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
DEPOSIT UMRAH - TTT (TRAIN THE TRAINER)_JULAI_2026_RM1000_(22 JUL- 2 OGOS 2026) BERSAMA US HJ ABDULLAH ARS (CEO AMTC) HABIS STOK
DEPOSIT UMRAH- TTT (TRAIN THE TRAINER)_OGOS_2026_RM1000_ (19 - 29 OGOS 2026) BERSAMA YM PROF ADJUNG HJ TENGKU AZIZ HABIS STOK
DEPOSIT UMRAH- TTT (TRAIN THE TRAINER)_SEPT_2026_RM1000_ (29 SEPT 2026) HABIS STOK
BAKI BAYARAN UMRAH- TTT (TRAIN THE TRAINER)_SEPT_2026_ (29 SEPT - 10 OKT 2026)
∞
DEPOSIT UMRAH - TTT (TRAIN THE TRAINER)_DISEMBER_2026_RM1000_(7- 17 DISEMBER 2026) HABIS STOK
DEPOSIT UMRAH - TTT (TRAIN THE TRAINER)_30 JAN-9 FEB_2027_RM1000
28
BAKI BAYARAN UMRAH- TTT (TRAIN THE TRAINER)_JAN_2027_ (30/1/27-9/2/27)
38
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN