UMRAH_CUTISEKOLAH_JAN2025_FAMILY


PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH JAN 2025_FAMILY 

25 JAN 25 - 03 FEB 25

11 HARI 9 MALAM 


HARGA PAKEJ :
BILIK BER-4: RM 8690.00
BILIK BER-3: RM 9190.00
BILIK BER-2: RM 9990.00



MAKKAH 5 MALAM

MADINAH 4 MALAM



FLIGHT DETAILS







ATURCARA PERJALANAN

(TENTATIF SAHAJA DAN AKAN BERUBAH MENGIKUT KESESUAIAN TARIKH PENERBANGAN)

HARI PERTAMA

KLIA - JEDDAH AIRPORT


● Berkumpul di Kaunter Pelepasan Level 5 KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas

 ● Sesi taklimat perjalanan sebelum berlepas ke Airport Jeddah

Penerbangan akan bertolak dengan pesawat BATIK Airlines

terus ke Jeddah.

● Dari Airport jemaah akan dibawa terus ke Makkah dengan menaiki bas, Check in Hotel &

terus melakukan Ibadah Umrah dipimpin oleh Mutawwif



HARI KEDUA

MAKKAH

● Aktiviti Bebas

● Banyak lakukan ibadah tawaf


HARI KETIGA - KEENAM

MAKKAH - ZIARAH DALAM - ZIARAH LUAR

● Menziarahi sekitar Masjidil Haram serta tapak Rumah Kelahiran Rasulullah SAW.

● Jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Masjid Namirah, Mina, Jabal Nur, Gua Hira’.

● Bermiqat di Jaaranah untuk mengerjakan Umrah kedua.

● Jemaah akan dibawa menziarahi masjid Hudaibiyah & lawatan sekitar

● Bermiqat di Masjid Hudaibiyah untuk mengerjakan Umrah ketiga

HARI KETUJUH

MAKKAH / MADINAH

● Jemaah akan mengerjakan tawaf wada sebelum bertolak ke Madinah. Check in hotel di Madinah


HARI KELAPAN - KESEPULUH

MADINAH

● Menziarahi dalaman sekitar Masjid Nabawi seperti Saqifah Bani Saidah, Makam Rasulullah, Khalifah Abu Bakar, Sayyidina Umar, Perkuburan Baqi’.

● Jemaah akan dibawa ziarah luar Madinah seperti lawatan ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Makam Syuhada, Masjid 7 (Perang Khandak) & Kebun Kurma


HARI KESEBELAS

AIRPORT MADINAH

● Ziarah Wada’ Rasulullah Saw
● Daftar keluar hotel di Madinah
● Perjalanan ke Terminal Madinah Airport

HARI KEDUA BELAS

KLIA

● Ketibaan di Airport KLIA



Nota Penting :

Harga Pakej & Tarikh Penerbangan tertakluk kepada perubahan HARGA SEMASA Tiket Penerbangan serta Hotel Di Makkah & Madinah 


Pakej Termasuk :

✅Tiket Penerbangan BATIK AIRLINES Kelas Ekonomi Pergi & Balik
✅Hotel Di Makkah (Sarapan sahaja) bertaraf 4-5 Bintang dengan

jarak 50 meter 

✅Hotel Di Madinah FULLBOARD bertaraf 3 - 4 Bintang dengan

jarak 150 - 200 

✅Bas Persiaran di Tanah Suci termasuk 2X Ziarah Makkah, 1 Madinah

✅Mutawwif/Mutawwifah serta Perwakilan MANASEEK di Tanah Suci

✅Bellboy check in/out di Hotel Makkah & Madinah

✅Visa Tourist/ Umrah termasuk insurans 

✅Air Zamzam (Dengan Izin)

✅ Set Bagasi Lengkap (4 Jenis + Botol Spray Wuduk + Tag Nama & Bagasi) serta 

✅Kursus Umrah Kaedah SALAK 


Harga Tidak Termasuk:
1. Lebihan Bagasi
2. Ziarah Tambahan ke lain-lain tempat

3. Perbelanjaan Peribadi


MAKLUMAT & DOKUMEN PENTING:

Dokumen Permohonan Visa: Jemaah perlu sediakan:

1.Passport Antarabangsa mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan pada tarikh berlepas  serta mempunyai sekurang-kurangnya 6 muka surat kosong..

2. Dua (2) keping gambar visa umrah mengikut syarat-syarat adalah seperti berikut:

 i. Berlatar belakang putih.

 ii. Saiz berukuran 4cm x 6cm.

 iii. Saiz Wajah 70% - 80%

 iv. Tidak memakai songkok/kopiah/topi/cermin mata

v. Bertudung gelap / hitam bagi wanita


3. ‘Scan atau snap’ salinan muka depan passport dan gambar visa umrah. Pastikan paparan gambar dan tulisan yang jelas seperti contoh di bawah sebelum 45 hari tarikh penerbangan. Jemaah perlu hantar melalui email manaseektravelhq@gmail.com


4. Manakala passport asal dan gambar visa umrah perlu diserahkan di pejabat dua (2) minggu sebelum berlepas atau semasa kursus umrah.


5. Kursus umrah akan diadakan 2 minggu sebelum tarikh penerbangan di Pejabat MANASEEK TRAVEL, Bandar Seri Putra Kajang Selangor & agihan bagasi akan diberikan pada waktu kursus.


6.  Suntikan Meningococcal (ACYW-135) adalah tambahan vaksin mengurangkan risiko pendedahan jemaah kepada bakteria/virus berbahaya bagi melindungi otak & saraf tunjang.

Di galakkan suntikan tersebut diambil 3 minggu sebelum terbang atau tarikh lebih awal di klinik swasta berdekatan. Boleh juga dapatkan khidmat nasihat doktor, bagi suntikan tambahan yang lain sebagai langkah-langkah pencegahan mengikut tahap umur dan kesihatan jemaah.

Kad suntik atau surat doktor mohon simpan dan bawa ke Makkah.


7. Perlindungan insuran visa umrah semasa perjalanan sekiranya rawatan hospital kerana sakit, kos rawatan dan penginapan akan ditanggung sepenuhnya oleh Insurans. 


8. Penyediaan dokumen perjalanan adalah tanggungjawab pemohon  yang disyaratkan oleh pihak berkuasa bagi tujuan permohonan visa atau lain-lain tujuan perjalanan. 


9. Sebarang liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan pemohon tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa imigresen.


10. Pembatalan pakej adalah tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992 dan syarat mana-mana pengurusan atau agensi pelancongan yang dilantik oleh pihak MANASEEK TRAVEL.


11. Harga pakej , perubahan harga pakej  adalah tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya.


12. Semua penyataan di dalam ini adalah tertakluk kepada Pindaan dan kelulusan Visa Kedutaan Arab Saudi.


13. Semak status untuk ke luar negara. di sini ( http://sspi.imi.gov.my/sspi/ ).  Masukkan no kad pengenalan masing2. Jika ada halangan sila maklum kepada pihak pengurusan.


14. Tarikh akhir bagi bayaran penuh 45-60 HARI SEBELUM TARIKH PENERBANGAN

 


MAKLUMAT PENTING:


PEMBAYARAN PENUH BAKI AKHIR PAKEJ DALAM TEMPOH 45-60 HARI SEBELUM TARIKH TERBANG.



Sila click link dibawah untuk muat turun Senarai link penting jemaah:
CADANGAN SENARAI BARANG JEMAAH


Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian hotline 601110581700




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
BAYARAN DEPOSIT UMRAHCUTI SEKOLAH JAN2025_FAMILY
BAYARAN BAKI UMRAH CUTI SEKOLAH JAN 2025_FAMILY
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN