Kempen Infaq Pelajar Madrasah Kemboja

15 Ringgit Mungkin Kecil Bagi Kita…
Tetapi Boleh Menjadi Pakaian Solat Buat Pelajar Madrasah di Kemboja.

Sempena misi Qurban Kemboja tahun ini, kami membuka peluang infaq untuk membantu menyediakan:

kain pelikat kopiah

atas permintaan pihak madrasah di sana.


Poster Kempen

Infaq anda akan dibawa bersama misi Qurban Kemboja dan diagihkan kepada pelajar madrasah yang memerlukan.

Kisah Di Sebalik Kempen Ini

Kenapa Kempen Ini Dibuka?

Setiap tahun, team kami akan bergerak ke Kemboja bagi melaksanakan misi qurban dan menyantuni masyarakat di sana.

Dalam salah satu kunjungan ke madrasah di sana, pihak pengurusan madrasah ada menyuarakan satu permintaan yang sangat sederhana…

“Kalau boleh bantu pakaian solat pelajar…”

Ramai pelajar datang belajar agama dalam keadaan serba kekurangan.

Ada yang menggunakan pakaian yang sudah lusuh. Ada juga yang berkongsi keperluan asas sesama mereka.

Sebab itu kami buka peluang infaq ini… supaya lebih ramai dapat bersama-sama menghadiahkan keselesaan buat mereka beribadah dan belajar.

Mungkin kecil nilainya bagi kita, tetapi sangat besar maknanya buat mereka.

Keperluan Yang Sedang Dibuka

Apa Yang Sedang Diperlukan?

Fokus infaq kali ini adalah untuk membantu melengkapkan keperluan asas pakaian solat pelajar madrasah di Kemboja.

Kain Pelikat

Digunakan oleh pelajar untuk solat berjemaah, kelas pengajian dan kegunaan harian di madrasah.

Kuota tajaan dibuka secara terhad dan akan ditutup apabila sasaran mencukupi.

Kopiah

Membantu pelajar hadir ke kelas dan solat dengan lebih selesa serta lebih terjaga penampilan mereka.

Bilangan diperlukan adalah terhad dan status semasa boleh dilihat pada bahagian pilihan infaq di bawah.

Setiap sumbangan yang diberikan akan membantu melengkapkan keperluan pelajar madrasah yang masih belum mempunyai pakaian solat yang sempurna.

Kesan Sumbangan Anda

Kecil Bagi Kita,
Besar Buat Mereka

Sumbangan yang diberikan bukan sekadar pakaian… tetapi membantu pelajar madrasah menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih selesa dan bermaruah.

Solat Berjemaah

Digunakan ketika solat berjemaah bersama para pelajar lain di madrasah.

Ke Kelas Madrasah

Membantu pelajar hadir belajar dengan lebih kemas dan selesa setiap hari.

Digunakan Setiap Hari

Bukan bantuan sekali guna, tetapi dimanfaatkan dalam rutin harian mereka.

Lebih Selesa Belajar

Membantu mereka belajar agama dalam keadaan yang lebih baik dan terjaga.

Rakaman Misi Sebelumnya

Lihat Sendiri Suasana
Misi Qurban & Santuni Pelajar Madrasah Tahun Lepas..

Rakaman ini menunjukkan suasana misi qurban sebelum ini termasuk aktiviti menyantuni pelajar madrasah dan masyarakat di Kemboja.

Kami berharap lebih ramai dapat bersama-sama menjayakan misi kali ini dan membantu melengkapkan keperluan pelajar madrasah di sana.

Peluang Infaq Masih Dibuka

Mungkin Kita Tidak Mampu Membantu Semua…
Tetapi Kita Masih Mampu Membantu Seseorang.

Setiap sumbangan yang diberikan akan membantu melengkapkan keperluan pelajar madrasah di Kemboja sempena misi qurban tahun ini.

Isi Form Di Bawah & Pilih Infaq Anda

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Tajaan 1 Kopiah
62
Tajaan 1 Kain Pelikat HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN