DAM KAMBING DI MEKAH


DAM MAKKAH KAMBING






Dam ialah denda yang dikenakan kepada Jemaah yang mengerjakan umrah kerana meninggalkan perkara-perkara yang wajib, melakukan perkara-perkara yang dilarang, sama ada dilakukan secara sengaja, tidak sengaja atau kerana tidak tahu.

Mengikut pendapat ulama Mahzab Syafie, satu dam bersamaan dengan seekor kambing dan hendaklah disedekahkan dagingnya atau berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang.

Terdapat tiga bentuk hukuman mengikut tahap-tahap pelanggaran:

Sekiranya melanggar larangan secara sengaja, tanpa keuzuran atau bukan di bawah paksaan, hukumnya berdosa dan Jemaah diwajibkan membayar dam.

Sekiranya melanggar larangan kerana terpaksa, hukumnya tidak berdosa dan Jemaah wajib membayar dam.

Sekiranya melanggar larangan kerana sebab jahil, uzur, lupa atau semasa tidur, maka hukumnya tidak berdosa dan tidak wajib membayar dam.

Jenis Dam 

Terdapat empat jenis dam haji dan umrah akan dikenakan terhadap jemaah yang tidak menyempurnakan rukun dengan sempurna, iaitu:

  1. Dam Tertib Dan Taqdir
  2. Dam Tertib Dan Ta’dil
  3. Dam Takhyir Dan Taqdir
  4. Dam Takhyir Dan Ta’dil

 

1) Dam Tertib Dan Takdir

Ia adalah dam yang dibayar mengikut susunan dan kadar yang ditentukan mengikut kemampuan dan ketetapan syarak.

Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.

Kesalahan:

1) Tidak berihram di miqat

2) Mengerjakan haji secara qiran atau tamattu’

3) Luput waktu di Arafah

4) Tidak bermalam di Mina

5) Tidak melontar jamrah

6) Melanggar nazar dalam mengerjakan ibadat haji

Bayaran:

  1. Menyembelih seekor kambing. sekira tidak mampu,
  2. Berpuasa 10 hari, 3 hari di Makkah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing.

 

2) Dam Tertib Dan Ta’dil

Ia adalah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing.

Kesalahan:

1) Melakukan persetubuhan sebelum tahallul pertama

Bayaran:

  1. Menyembelih seekor unta. sekira tidak mampu, 
  2. Menyembelih seekor lembu. sekira tidak mampu, 
  3. Menyembelih 7 ekor kambing. sekira tidak mampu, 
  4. Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin. sekira tidak mampu, 
  5. Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai seekor unta.

2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram

Bayaran:

  1. Menyembelih seekor kambing dan bercukur. sekira tidak mampu,
  2. Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukur. sekira tidak mampu.
  3. Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada fakir miskin. sekira tidak mampu,
  4. Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.

 

3) Dam Takhyir Dan Takdir

Ia adalah dam yang boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri.

Kesalahan: 

1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki

2) Memakai bau-bauan

3) Memotong kuku

4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahallul awal

Bayaran: 

  1. Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin. atau,
  2. Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin. atau,
  3. Berpuasa selama 3 hari.

 

4) Dam Takhyir Dan Ta’dil

Ia adalah dam mengikut kadar pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan.

Kadar dam adalah berdasarkan harga yang sebanding.

Kesalahan:

1) Berburu binatang darat

2) Menebang, memotong, atau mencabut pohon di Tanah Haram

Bayaran:

  1. Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu. atau,
  2. Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu. atau,
  3. Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu.

 

Bayaran dam ini bergantung kepada jenis-jenis kesalahan larangan dan ianya tidak sama antara satu kesalahan dengan kesalahan yang lain. Pembayaran dam hanya boleh dilakukan di Makkah sahaja.

Oleh itu, jemaah perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam melaksanakan ibadah haji dan umrah agar tidak dikenakan bayaran dam.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Dam Mekkah 1445H/2024 - Seekor Kambing
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN