Perkhidmatan Badal Haji
2027M / 1448H
Adakah ibubapa atau insan tersayang anda pernah menyimpan impian menunaikan Haji, tetapi tidak sempat melakukannya?
Dengan sedikit pengorbanan harta, anda mampu memberikan hadiah terbesar untuk mereka – sebuah ibadah agung yang pahalanya mengalir tanpa putus.
PAKEJ BADAL HAJI 2027M / 1448H
RM4,200/ seorang
Sudah termasuk Haji, Umrah, Dam, Sijil, Cenderahati & Video Pelaksanaan
Tunaikan Badal Haji Untuk Insan Tersayang
Bagi anda yang ingin menghadiahkan pahala buat keluarga tercinta yang telah kembali ke rahmatullah, mereka yang sudah uzur syar‘i, atau yang bernazar namun tidak mampu menunaikannya sendiri – Manaseek adalah pilihan yang tepat untuk membantu melaksanakan amanah ini.
InsyaAllah, setiap pelaksanaan dilakukan mengikut sunnah dan tertib rukun Islam kelima, dengan pakej yang lengkap serta diyakini.
Orang sakit yang tidak boleh diharapkan sembuhnya
Orang yang tidak mampu secara fizikal
Orang yang telah meninggal dunia
SYARAT & KETENTUAN PELAKSANAAN
- Tidak sah menggantikan ibadah Haji atau Umrah orang yang fizikalnya masih mampu melakukan ibadah tersebut.
- Membadalkan Haji bukan untuk orang yang tidak mampu secara harta, kerana hukum wajib berhaji atau umrah hanya untuk orang yang mampu dari segi kewangan. Jika yang dibadalkan itu miskin, gugur kewajibannya.
- Orang yang membadalkan Haji mestilah telah menunaikan Hajinya sendiri terlebih dahulu.
- Wanita boleh membadalkan Haji lelaki, begitu juga sebaliknya. Anak perempuan yang membadalkan Umrah ayahnya yang telah meninggal, sah hukumnya.
- Tidak boleh membadalkan Haji dua orang atau lebih sekaligus dalam sekali ibadah.
Tatacara Pelaksanaan Badal Haji
Tahun 2027M / 1448H
Pengendali (Agensi)
Pengendali sebagai wakil pemegang amanah akan menyerahkan upah haji kepada wakil Manaseek yang berada di Kota Makkah Al-Mukarramah, antaranya pekerja atau Mutawwif yang berpengalaman luas dalam mengerjakan ibadah Haji dan Umrah setiap tahun.
Pelaksana
Pelaksana Badal Haji (telah mengerjakan Haji) akan melaksanakan upah haji bagi mewakili seorang sahaja nama, sehingga selesai.
Upah
Ibadah upah haji ini termasuk:
Pengurusan
Pengurusan upah haji adalah termasuk perkara berikut:
Sijil
Apabila selesai perlaksanaan ibadah tersebut, pihak pengendali akan menghubungi waris untuk mengambil atau mengepos sijil dan cenderahati iringan. (Tempoh sebulan atau lebih selepas selesai, insyaAllah.)
Dipercayai Ratusan Waris
Sebahagian daripada peserta Badal Haji yang telah kami uruskan pelaksanaannya dengan penuh amanah.
Kami menitikberatkan kualiti dan keberkatan dalam setiap ibadah yang dijalankan – agar anda beroleh ketenangan, dan insan tersayang menerima hadiah yang paling berharga di sisi Allah SWT.
MANASEEK – pilihan waris yang diyakini dan terbukti.
Daftarkan Badal Haji anda sekarang