APA HUKUM JIKA MELAKUKAN AQIQAH DI LUAR NEGARA ?
- Hukum melaksanakan aqiqah ialah SUNNAH MUAKKADAH iaitu sunnah yang dituntut.
- Adakapun hukum melaksanakannya di luar negara ialah HARUS.
- Aqiqah yang terbaik adalah yang dibuat sendiri, dilihat depan mata, dimasak dan dijamu pada orang ramai.
-Tapi ada yang tak mampu atas sebab kos, masa, dan keadaan tak sesuai. Jadinya bila tak mampu buat semua, janganlah ditinggalkan semua.
APA HUKUM ASAL MELAKSANAKAN IBADAT AQIQAH ?
Hukum melaksanakan ibadah aqiqah ialah SUNAT MU'AKKAD (sunat yang sangat dituntut melakukannya) berdasarkan pendapat yang kuat adalam mazhab As-Syafie.
BOLEHKAN ORANG LAIN (SELAIN IBU BAPA) MELAKSANAKAN AQIQAH UNTUK ANAKNYA ?
Boleh, jika ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri), kerana Nabi SAW juga melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi nabi iaitu ketika usia baginda 40 tahun.